Quantcast
Channel: Malaysia Boleh
Viewing all 4099 articles
Browse latest View live

Suami Maria Farida Dakwa Dilanggar Bekas Isteri

$
0
0

Suami kepada pelakon Maria Farida, Datuk Rahman Shakur telah membuat satu laporan polis terhadap bekas isterinya, Karen Rayyan yang didakwa melanggar beliau sehingga mengalami kecederaan pada tangan dan bahagian kaki kiri.

Datuk Rahman membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang jam 5.30 petang Selasa ( 3 Mei 2016).

Tidak mahu dipersalahkan, Karen juga telah membuat laporan polis dan menegaskan beliau sama sekali tidak melanggar Datuk Rahman dan cuba untuk mempertahankan dirinya serta menghalang Datuk Rahman daripada mengambil anak mereka.

Kerana bergelut untuk mendapatkan anak mereka, Karen memberitahu Datuk Rahman terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.

Kes mereka berdua ini akan dirujuk ke mahkamah bagi proses untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

Sumber Berita : Utusan Online


Saya Kalau Bercinta Memang Bersungguh, Isteri Cukup Sempurna Di Mata Saya – Hafidz Roshdi

$
0
0

Baru-baru ini, hero drama Tundukkan Playboy Itu telah sah bergelar suami dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung secara sederhana. Malah, berita pernikahan beliau itu hanya diketahui selepas Hafidz mengumumkan berita gembira itu di akaun Instagramnya beberapa hari lepas.

Jelas Hafidz keputusan beliau untuk berkahwin dilakukan sebagai nazar beliau jika beliau berjaya mencapai apa yang beliau inginkan.

Perancangan untuk berkahwin ini adalah nazar saya kepada keluarga. Saya pernah memberitahu mereka, jika saya berjaya dalam bidang diceburi dan mendapatkan apa yang diingini, saya mahu berkahwin.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan rezeki berpihak kepada saya. Selepas berbincang dengan keluarga, mereka tidak menghalang malah menyokong niat baik ini. Inilah yang dikatakan jodoh. Siapa saya untuk menolak takdir yang sudah ditetapkan Allah SWT. Lagipun, sudah tiba masanya saya berkahwin selepas hampir lima tahun berkawan.

Hafidz sebenarnya seorang yang bersungguh-sungguh dalam bercinta dan serius dalam perhubungan.

Saya jenis kalau bercinta memang bersungguh-sungguh. Kalau nak tahu, saya pernah jatuh sakit disebabkan putus cinta.

Sejak itu, ayah selalu berpesan jika bercinta semula biarlah disertakan dengan niat yang betul iaitu bercinta kerana Allah. Pada masa sama, niat untuk dijadikan isteri dan bukannya sekadar suka-suka

Menurut Hafidz, isterinya Nurul Shuhada sering menyokong beliau daripada belakang baik dalam keadaan susah mahupun senang sepanjang tempoh lima tahun mereka bersama. Buat Hafidz, Shuhada cukup sempurna di mata beliau.

Pada masa yang sama, Hafidz juga memberitahu isu Shuhada yang cemburu ketika beliau bergandingan dengan Uqasha Senrose adalah tidak benar sama sekali.

Harapnya haters yang mengata pasangan ini boleh duduk diam-diam dan berhenti mengutuk isteri Hafidz Roshdi. Mungkin anda rasa Shuhada tidak cantik, tetapi bukan rupa paras yang menjadi ukuran cinta mereka berdua.

Sumber Berita : Harian Metro

Maria Farida Kemukakan Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri Suaminya

$
0
0

Pelakon Datin Maria Farida telah nekad untuk mengemukakan saman fitnah terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Karen Rayyan. Hasratnya itu diluahkan menerusi satu sidang media yang diadakan oleh beliau sebentar tadi.

Maria sudah tidak tahan apabila Karen sering memfitnah beliau sebagai punca rumah tangga beliau dan Datuk Rahman retak sehingg bercerai.  Selain itu Karen juga menjaja cerita kononnya Maria berebut kasut dengan anak tirinya,bomohkan suami , perampas suami orang dan lebih teruk lagi Maria dikatakan menampar anaknya.

Malah, sejak 9 bulan lalu Karen sering mengganggu Maria dengan menghantar pelbagai mesej dengan bahasa kesat dan berbaur ugutan.

Setiap hari sejak sembilan bulan lalu dia hari-hari menghantar SMS ugutan, makian dan cacian terhadap saya dan suami dengan menggunakan bahasa kesat yang malu untuk saya nyatakan di sini.

Maria (kiri) dan Karen (kanan) ketika masih bersahabat

Itu belum termasuk segala fitnah yang dia lemparkan terhadap saya secara terbuka di laman sosial tetapi saya masih berdiam diri dan enggan melayan semua tuduhan.

Tetapi apabila dia menuduh saya menampar anaknya, melabel saya sebagai seorang ibu tiri yang jahat malah menuduh saya menggunakan ilmu hitam, ia sudah melampau dan melebihi tahap kesabaran saya. Jalan terbaik adalah menyelesaikan kes ini di mahkamah dan saya telah pun memfailkan saman fitnah terhadapnya berhubung isu ini. Lagi saya diam, dia semakin menjadi-jadi.

Terdahulu, Maria pernah menghantar dua surat saman kepada Karen  pada bulan November dan Disember tahun lalu, tetapi pelakon itu tidak mengambil apa-apa tindakan kerana Karen berjanji akan berubah.  Walaubagaimanapun, Karen telah memungkiri janji dan masih mengganggu rumah tangga  Maria.

Datuk Rahman pula memberitahu, insiden beliau dilanggar oleh bekas isterinya itu adalah benar. Kejadian tersebut berlaku  di Taman Nirwana, Ampang pada Isnin lepas.

Kejadian itu berlaku kerana saya ingin ambil anak-anak kerana mereka hak saya dan dia telah melanggar perintah mahkamah tetapi dia pula bertindak melanggar saya sehingga mengakibatkan kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan.

Tetapi dia dakwa dia cuba pertahankan diri dan saya terjatuh tetapi hakikatnya dia di dalam kereta saya di luar malah saya terheret sejauh lima meter. Dia kata dia pertahankan diri tetapi di Instagram dia dengan bangga memberitahu dia sepatutnya seret saya sehingga mati dengan memuat naik gambar anjing yang diseret. Anda nilaikan sendiri.

Memang hangat betul persengketaan antara Maria Farida dan bekas isteri Datuk Rahman.  Ermmh, tidak tahu apa masalah mereka berdua sebenarnya tetapi berkemungkinan besar kerana salah faham dan rasa tidak puas hati yang wujud didalam hati. Kita nantikan sahaja perkembangan kes ini.

Sumber Berita : mStar Online

Anzalna Nasir Rehat Daripada Dunia Lakonan : Mahu Jaga Suami Dan Nikmati Detik Indah Perkahwinan

$
0
0

Sudah dua bulan bergelar isteri kepada Hanif Zaki, pelakon Anzalna Nasir cukup gembira menikmati keindahan alam perkahwinan sehinggakan sedetik pun beliau tidak mahu berpisah bersama suaminya.

Alzana memberitahu buat masa ini beliau masih lagi berehat daripada menerima sebarang tawaran lakonan dan ingin menjaga Hanif meskipun suaminya itu tidak pernah menghalang kerjayanya.

Saya mahu berehat, menjaga suami dan memasak untuknya. Sekarang saya berehat daripada berlakon dan hanya memenuhi undangan ke acara tertentu saja.

Jika saya ambil tawaran berlakon ia mengambil masa lama, itu belum termasuk jika penggambaran dilakukan di luar KL. Hanif tidak pernah menghalang, tetapi saya sendiri kena faham kedudukan saya sebagai isteri orang.

Belum sempat berbulan madu secara rasmi, Anzalna dan Hanif merencana untuk bercuti ke Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Ditanya tentang soal cahaya mata, pasangan romantis ini menyerahkan soal tersebut kepada Allah SWT dan sebenarnya sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa.

Ini yang dikatakan nikmat orang baharu berkahwin dan kami harap kemanisan serta cinta Anzalna Nasir dan Hanif Zaki kekal sehingga jannah.

Sumber Berita : Harian Metro

Isu Isteri Didakwa Pecah Amanah Dan Maki Yazid : Amy Search Bakal Adakan Sidang Media

$
0
0

Penyanyi Amy Search bakal mengadakan satu sidang media bagi menjawab segala persoalan mengenai tuduhan pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid yang mendakwa isteri Amy telah memaki beliau dan pecah amanah kerana tidak menyerahkan bayaran pendahuluan Konsert 35 Tahun Search dan beberapa lagi persembahan lain sebelum ini.

Yazid telah membuat laporan polis terhadap isteri Amy, Norhasniza Hassan pada Rabu lepas di Balai Polis Wangsa Maju.

Buat masa ini, Amy enggan memberikan sebarang komen dan hanya akan bercakap ketika sidang media nanti.

Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang kenyataan buat masa ini. Satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat untuk menjawab segala pertuduhan dan pertanyaan yang dilemparkan.

Sama-sama kita nantikan sidang media yang bakal berlangsung nanti. Tentu ramai yang ingin tahu apakah sebenarnya yang berlaku dan harapnya perkara ini dapat diselesaikan.

Sumber Berita : Kosmo Online

 

Yazid Search Buat Laporan Polis Dimaki Tua Sakit Nak Mampus Ketika Tanya Tentang Bayaran Konsert

$
0
0

Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid telah membuat laporan polis selepas didakwa ditengking dan dimaki oleh isteri Amy Search, Norhasniza Hassan hanya kerana Yazid bertanyakan tentang bayaran yang sepatutnya beliau terima ketika terlibat didalam Konsert 35 Tahun Search baru-baru ini.

Saya juga telah menerima panggilan telefon  daripada Norhasniza (isteri kepada Amy) memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan  mengenai bayaran yang sepatutnya saya dapat. Antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – “kau tu dah tua, sakit nak mampus.”

Laporan tersebut dibuat oleh Yazid di Balai Polis Wangsa Maju pada petang Rabu lepas (4 Mei 2016). Dalam laporan itu juga, Yazid turut mendakwa berlakunya pecah amanah kerana tidak mendapat bayaran Konsert 35 Tahun Search serta beberapa lagi persembahan lain sebelum ini.

Yazid mendakwa telah ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn. Bhd. untuk berbincang mengenai konsert. Namum, beliau agak terkejut apabila diberitahu jumlah bayaran RM75,000 telah dibayar kepada kumpulan Search pada Disember 2015, sedangkan Yazid tidak pernah menerima apa-apa bayaran bermula tarikh tersebut sehinggalah ke hari ini.

Tambah Yazid, pengurus AF Jet memaklumkan pembayaran kepada Yazid sepatutnya diuruskan oleh anggota Search sendiri.

Yazid menderita beberapa penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan sakit buah pinggang dan memerlukan sejumlah wang yang agak banyak untuk menampung kos rawat lain serta kos mencuci buah pinggang beliau sebanyak empat kali sehari.

Kami tidak sangka juga bahawa isteri Amy Search boleh mengeluarkan kata-kata kasar seperti itu. Bagaimana pula dengan ahli Search yang lain? Mereka tidak tahu ke tentang kes ini. Hmmpph, betul kata orang bila tengah popular semua orang akan sanjung bila sudah sakit dan memerlukan baru kita tahu siapa kawan kita yang sebenarnya.

Sumber Berita : Astro Gempak

 

 

Sampai Masa Dan Kalau Ada Berita Gembira Saya Akan Beritahu Semua – Nad Zainal

$
0
0

Sebelum ini,  berita Nad Zainal yang masih aktif berlakon meskipun sudah mengandung tiga bulan telah mencuri tumpuan ramai . Berita itu disampaikan oleh beberapa krew produksi drama.

Peminat beliau antara yang cukup teruja apabila mendengar perkhabaran tersebut dan mahu tahu adakah betul Nad sudah hamil?

Walaubagaimanapun, Nad masih belum bersedia untuk berkongsi berita kehamilannya itu kepada umum.

Insya-Allah, sampai masa dan ada khabar gembira saya akan maklumkan kepada semua. Tidak dinafikan sejak gosip ini tersebar saya dihujani banyak pertanyaan.

Tidak apa, kita beri Nad Zainal masa untuk beliau betul-betul bersedia untuk berkongsi kegembiraan beliau dan suami bila tiba waktu yang tepat nanti. Apa-apa pun, jika benar Nad sedang hamil kami doakan beliau dan kandungannya sihat.

Sumber Berita : Harian Metro

Ali Hamsa tidak tahu kenapa peguam cara negara pilih bersara awal

$
0
0

Bekas Peguam Cara Negara Datuk Azailiza Mohd Ahad tidak meletakkan jawatan tetapi memilih untuk bersara awal, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

“Ia bukan letak jawatan. Azailiza masih dalam perkhidmatan.

“Dia mahu menarik diri kerana setiap penjawat awam mempunyai hak ini, sama ada untuk menunggu sehingga 60 untuk bersara atau mereka juga boleh memilih untuk berundur selepas umur 50.

“Ini normal kerana dia mempunyai rancangan. Pada dasarnya, (ini) bersara awal,” kata Ali Hamsa ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat agung tahunan Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Putrajaya.

Azailiza mencatat masa keluar terakhirnya pada 8 April, menurut posting di bawah galeri foto di laman web Jabatan Peguam Negara.

Beliau dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 1 November, 2014.

Jawatan Azailiza diisi oleh Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek.

Peguam Cara Negara berkhidmat mengikut arahan Peguam Negara dan bertindak sebagai pendakwa raya semasa ketiadaan atau ketidakupayaan Peguam Negara untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Ali Hamsa berkata, beliau tidak tahu mengapa Azailiza memilih untuk bersara awal.

“Saya tidak tahu apa rancangannya, tetapi sekarang beliau banyak menguruskan hal kerajaan, banyak perkara berkaitan uandang-undang dan peringkat antarabangsa,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Azailiza dipindahkan daripada Jabatan Peguam Negara sebelum beliau mengambil keputusan untuk berundur, Ali berkata soalan berkenaan tidak relevan. – Malaysiakini / Foto FMT

*Disclaimers: Articles are property of the publication as mentioned, cited or linked to. As ‘News Aggregator’ we do not represent the articles aggregated from any third party content provider.

The post Ali Hamsa tidak tahu kenapa peguam cara negara pilih bersara awal appeared first on .


Gadis Dibakar Hidup Hidup Dalam Van Selepas Diberi Dadah

$
0
0


Pakistan Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dibunuh dengan kejam selepas diberi dadah sebelum dibakar hidup hidup dalam van jenis Suzuki oleh penduduk kampung kerana disyaki membantu rakannya melarikan diri dengan teman lelaki minggu…

Peguam Cara Negara bersara awal, bukan letak jawatan

$
0
0

Bekas Peguam Cara Negara Datuk Azailiza Mohd Ahad tidak meletakkan jawatan tetapi memilih untuk bersara awal, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

“Ia bukan letak jawatan. Azailiza masih dalam perkhidmatan.

“Dia mahu menarik diri kerana setiap penjawat awam mempunyai hak ini, sama ada untuk menunggu sehingga 60 untuk bersara atau mereka juga boleh memilih untuk berundur selepas umur 50.

“Ini normal kerana dia mempunyai rancangan. Pada dasarnya, (ini) bersara awal,” kata Ali Hamsa ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat agung tahunan Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Putrajaya.

Azailiza mencatat masa keluar terakhirnya pada 8 April, menurut posting di bawah galeri foto di laman web Jabatan Peguam Negara.

Beliau dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 1 November, 2014.

Jawatan Azailiza diisi oleh Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek.

Peguam Cara Negara berkhidmat mengikut arahan Peguam Negara dan bertindak sebagai pendakwa raya semasa ketiadaan atau ketidakupayaan Peguam Negara untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Ali Hamsa berkata, beliau tidak tahu mengapa Azailiza memilih untuk bersara awal.

“Saya tidak tahu apa rancangannya, tetapi sekarang beliau banyak menguruskan hal kerajaan, banyak perkara berkaitan uandang-undang dan peringkat antarabangsa,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Azailiza dipindahkan daripada Jabatan Peguam Negara sebelum beliau mengambil keputusan untuk berundur, Ali berkata soalan berkenaan tidak relevan. – Malaysiakini

The post Peguam Cara Negara bersara awal, bukan letak jawatan appeared first on .

Bangkai dipercayai kapal SS Amherst yang karam

$
0
0

Kakitangan Jabatan Warisan Negara melakukan kerja-kerja penyelidikan keatas bangkai sebuah kapal yang dipercayai bernama SS Amherst milik Singapura yang karam pada tahun 1901 di Sungai Pahang berhampiran Kampung Tanjung di sini hari ini. – Gambar Mahathir Ali

PEKAN: Penemuan bangkai kapal karam di Sungai Pahang di sini boleh membantu menjawab misteri di sebalik tenggelamnya kapal dagang SS Amherst yang membuat pelayaran terakhirnya pada 1901, kata Jabatan Warisan Negara.

Pengarah Jabatan Warisan Negara Zon Timur, Mohd Shukri Mohd Isa berkata para pegawainya sedang berusaha untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bangkai itu, termasuk corong, tali sauh, kipas dan enjin kebuk pembakaran yang merupakan ciri-ciri kapal tahun 1900-an.

“Jika fakta-faktanya betul, ini mungkin milik Amherst. Kapal itu dibina di Glasgow dan telah belayar dari Singapura ke Kota Baru dengan 77 penumpang.

“Malangnya, kami tidak dapat mencari nombor pendaftaran kapal. Ia mungkin tersembunyi di bawah pasir.

“Nombor itu boleh memberikan kami lebih banyak petunjuk,” katanya, Khamis.

Seramai 12 ahli arkeologi telah melawat tapak itu semalam.

Penduduk Kampung Tanjung di Paloh Hinai di sini telah melihat kapal karam itu sejak beberapa bulan lepas.

Pembantu Muzium Kanan Cawangan Arkeologi Bawah Air, Bahagian Arkeologi, Jabatan Warisan Negara Khairil Amri Abdul Ghani menafikan dakwaan bahawa kapal itu telah membawa emas.

“Ia sebuah kapal kuasa wap penumpang. Melihat kepada ciri-cirinya, kami menganggap ia tidak bukan sebuah kapal untuk perjalanan jauh,” kata beliau sambil menambah sifat sebenar kapal kargo itu hanya boleh diperolehi melalui lebih banyak penyelidikan terhadap rekod lalu.

“Dalam masa yang sama kita perlu menganalisis sebarang maklumat yang diperoleh daripada penduduk di sini kerana kisah-kisah mereka boleh bertukar menjadi satu kenyataan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Paloh Hinai Abdul Rashid Abdul Rahman berkata cerita tentang kapal karam itu telah diturunkan dari satu generasi ke generasi lain.

“Dikatakan bahawa kapal itu tenggelam kerana sikap angkuh kaptennya dan selepas ‘rohnya’ telah diganggu,” katanya.

“Legenda menyatakan tentang nasib buruk yang akan menimpa mereka yang cuba untuk mencuri apa sahaja dari bangkai kapal tenggelam itu,” kata Ibrahim Mohd Tia, 85, yang rumahnya terletak di tebing sungai.

Seorang lagi penduduk kampung, Rosmaini Ibrahim, 39, berkata sepupunya pernah mengambil parang dari kapal itu sekitar 1980-an.

Tetapi dia meletakkannya kembali pada hari berikutnya selepas didatangi mimpi buruk tentang apa yang telah dilakukannya.

Penemuan bangkai kapal berkenaan dikatakan susulan paras air sungai Pahang yang menjadi semakin cetek akibat fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengarahkan siasatan terhadap punca, termasuk dakwaan berlaku disebabkan aktiviti pembalakan berlebihan atau pembersihan hutan untuk pertanian di kawasan-kawasan lain.

The post Bangkai dipercayai kapal SS Amherst yang karam appeared first on .

Magic Comb

$
0
0


Sikat ajaib Boleh luruskan rambut anda RM 50 termasuk pos Wsapp 012 3117349 suka dengan apa yang anda baca silalah tekan like ye

Ulang Tahun UMNO disambut secara sederhana pada 11 Mei

$
0
0

Ulang Tahun UMNO ke-70 akan disambut pada Khamis ini dalam keadaan sederhana.

Sambutan yang sepatutnya diadakan pada Rabu (11 Mei) dipinda pada keesokan sebagai memberi laluan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Majlis Santapan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara,

Mengakui ia bukan masa yang sesuai untuk meneruskan acara tersebut, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sambutan akan membabitkan bacaan Yasin dan tahlil bagi mengenang jasa pemimpin terdahulu serta perjuangan UMNO.

“Ia juga bagi mengingati mangsa nahas helikopter membabitkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.

“Rasa sedih bukan hanya menyelubungi ahli keluarga mangsa tetapi juga ahli UMNO dan rakyat di seluruh negara,” katanya pada sidang media, lapor Berita Harian Online.

Sambutan tersebut akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Bagaimanapun, Karnival Himpunan Hari UMNO bersempena ulang tahun ke-70 yang dijadualkan 14 Mei ini di Dataran Merdeka dibatalkan, termasuk Sukan UMNO dan Larian Bendera UMNO yang sedang berlangsung di seluruh negara.

Ditanya tentang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ibu pejabat UMNO dikatakan sudah membuat persiapan awal dengan melihat kepada senarai pengundi, kawasan, komposisi kaum, demografi dan calon berpotensi.

“Maklumat mengenai kedua-dua kawasan akan disampaikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijangka hujung bulan ini,” katanya.

* Gambar The Malaysian Mirror

The post Ulang Tahun UMNO disambut secara sederhana pada 11 Mei appeared first on .

Video Wanita China Rambut Dirobek Sahut Cabaran Makan Jagung Jadi Trend

$
0
0


Tak tahu la apa nak kata bila tengok video wanita bawah ni Itu namanya tak ada kerja tapi saja mengada ngada cari kerja Tak pasal pasal hilang rambut Lawak pun ada juga bila tengok aksi stunt tak menjadi si wanita ni Dia cuba untuk makan ja…

8 Cara Bagaimana Atasi Masalah Bubuk Atau Kutu Beras

$
0
0


Bagi mereka yang selalu ke dapur terutamanya suri rumah sudah pasti anda akan mengalami satu masalah yang sering terjadi iaitu beras anda diserangi bubuk atau kutu beras Ia sudah pasti menjadikan kerja anda semakin rumit untuk memasak di ma…


Bocor 6 Gambar Proton Perdana 2016 Warna Putih

$
0
0


Setelah beberapa spyshot yang didedahkan kepada umum sebelum ini gambar Proton Perdana 2016 kali ini terdedah lagi dan apa yang menarik ianya dalam warna putih dan gambar yang diambil dalam keadaan yang sangat jelas Menerusi dua gambar yang…

Keputusan Penuh Abpbh29 Tahniah Kepada Pemenang

$
0
0


Assalamualaikum Dan Selamat Malam Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular ABPBH29Tahniah Kepada semua Pemenang ABPBH29 RESPEKSENARAI KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 29Artis Baru Wanita Popular Mira FilzahArtis Baru L…

Tiffany Snsd Stres Dan Frustasi Di Teaser Mv I Just Wanna Dance

$
0
0


Tiffany SNSD akhirnya merilis video teaser untuk debut solonya mendatang Teaser musik video solonya ini dirilis pada dini hari 10 Mei hanya tinggal sehari menjelang debut solonya Melalui teaser musik video ini kita akan disuguhkan dengan be…

Kini 3 trak Mack meriahkan Kembara Mahkota Johor

$
0
0

Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 pasti akan bertambah meriah apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, memperkenalkan dua lagi trak Mack .

Baginda memperkenalkan dua trak itu sempena Prapelancaran KMJ 2016 di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru.

Turut berangkat ke majlis itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

KINITV

The post Kini 3 trak Mack meriahkan Kembara Mahkota Johor appeared first on .

Dr Mahathir: Malaysia bergerak ke depan atau belakang

$
0
0

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak pasti sama ada Malaysia sedang bergerak ke arah yang betul menuju ke belakang.

Beliau melahirkan pandangan bahawa kita sepatutnya tahu asal usul di mana sejarah membuktikan Malaysia telah dijajah British.

KINITV / MALAYSIAKINI

The post Dr Mahathir: Malaysia bergerak ke depan atau belakang appeared first on .

Viewing all 4099 articles
Browse latest View live